Barcelona telah membuktikan bahawa mereka kini merupakan kelab bolasepak terhebat dunia selepas mudah membelasah Santos dari Brazil dengan 4 gol berbalas 0 pada perlawanan akhir Fifa Club World Cup 2011 di Yokohama,Jepun.Dengan kemenangan bergaya ini,sekaligus Barcelona di’nobatkan sebagai juara Piala Kelab Dunia untuk tahun 2011
Gol Barcelona di’jaringkan oleh pemain terbaik Dunia, Lionel Messi yang meledakkan dua gol di’ikuti oleh Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas masing-masing menyumbat satu gol.
Gol yang hadir menerusi satu gerakan cantik pada minit ke-17 sebelum Xavi menambah gol kedua tujuh minit kemudian.Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas mengukuhkan kedudukan pada minit-minit akhir babak pertama sebelum Messi mengesahkan kemenangan mutlak Barcelona minit ke-82 dan koleksi kemenangan ini juga merupakan yang ke-13 buat Barcelona di’bawah bimbingan jurulatih Pep Guardiola.
Ikuti video perlawanan Barcelona (4) lawan Santos (0) pada perlawanan Final kelab piala dunia 18 Disember 2011
0 komen:
Post a Comment