Skuad Harimau Muda meraikan kejayaan mempertahan pingat emas bola sepak yang dimenangi di Laos dua tahun lalu selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, kelmarin. Namun, sebelum sepak mula, skuad negara berdepan dengan situasi getir apabila bas yang dinaiki terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di luar stadium menyebabkan mereka dikerumuni ratusan ribu penyokong tuan rumah. – AP |
Berikutan itu, tegasnya, Malaysia akan menghantar bantahan rasmi kepada Pesuruhjaya Perlawanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai insiden itu.
“Keadaan di luar stadium adalah kritikal dan kami tidak berpuas hati terhadap penganjur dengan keadaan tidak terkawal itu.
“Pengalaman yang dilalui pemain-pemain, ditahan hampir satu setengah jam adalah cukup mengerikan.
“Nasib baik saya dan sebahagian pemain telah pernah mengalami situasi seumpama, tetapi saya boleh kata kali ini adalah lebih teruk daripada yang lepas,” ujar Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
0 komen:
Post a Comment